BAB 3

 

 

 

 

METODOLOGI

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

 

 

3.0       Pendahuluan

 

Bab
3 iaitu bab metadologi menerangkan secara terperinci kaedah dan prosedur
pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini. Bab ini menerangkan reka bentuk
penyelidikan, sampel, instrumen penyelidikan, prosedur kajian, pengumpulan data
dan cara menganalis data.

 

 

3.1       Reka Bentuk Kajian

 

Kaedah
penyelidikan kajian ini ialah kuasi-eksperimental kerana reka bentuk ini
digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program terhadap responden yang
dipilih. Dalam konteks kajian ini integrasi animasi gerak pegun (AGT-K1) merupakan
program yang digunakan untuk menilai keberkesanannya terhadap penguasaan
Konstruk Satu. Reka bentuk yang digunakan dalam kaedah penyelidikan
kuasi-eksperimental ialah reka bentuk ujian pra-pasca. Reka bentuk ini
mengandungi dua kumpulan responden, satu sebagai kumpulan rawatan dan yang satu
lagi sebagai kumpulan kawalan.

 

            Dalam
kajian ini murid pemulihan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dijadikan
sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan responden
diukur tahap penguasaaan kemahiran Konstruk Satu melalui instrumen ujian pra,
kemudian kumpulan rawatan mengikuti integrasi AGT-K1. Kedua-dua kumpulan
dinilai sekali lagi dengan ujian pasca untuk menentukan tahap penguasaan
kemahiran Konstruk Satu bagi setiap abjad. Rajah 3.1 menunjukkan rumusan reka
bentuk ujian pra-pasca bagi kumpulan rawatan dan kawalan.

Peserta
Kajian
Murid
Pemulihan

Kumpulan
Rawatan

Kumpulan
Kawalan

Ujian Pra

Ujian Pra

Rawatan
AGP-K1

Ujian Pasca

Ujian Pasca

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah
3.1. Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca

3.2       Peserta Kajian

 

Peserta
dalam kajian ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang dirujuk juga
sebagai responden. Pensampelan dalam kajian ini dilakukan berasaskan secara
bukan kebarangkalian, yakni dilakukan secara tidak rawak. Pensampelan tidak
rawak melibatkan pemilihan sampel daripada sebuah populasi yang telah
dikenalpasti berasaskan kriteria yang ditetapkan.

 

            Dalam konteks kajian ini populasi
ialah murid pemulihan dan peserta kajian melibatkan murid pemulihan dari
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari sekolah Zon A di Daerah Port Dickson
di mana mereka yang belum menguasai kemahiran Konstruk Satu secara sepenuhnya.
Saiz peserta kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 42 orang murid. Murid-murid
diagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang masing-masing
terdiri daripada 21 orang murid seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

 

Jadual
3.1

Pengagihan Peserta
Kajian

Peserta
Kajian

Jumlah Peserta Kajian

Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil

Kumpulan Rawatan

21

Kumpulan Kawalan

21

 

 

3.3       Instrumen Kajian

 

Instrumen
kajian digunakan untuk menguji hipotesis sesuatu kajian. Dalam kajian ini
instrumen yang dirujuk ialah instrumen yang sedia dicetak iaitu instrumen Ujian
Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS 2.0) yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bersesuaian dengan kajian ini, instrumen yang baru dibina untuk Konstruk Satu sahaja
yang terdiri daripada lima huruf vokal dan 21 huruf konsonan kerana Ujian
Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS 2.0) mengandungi 12 Konstruk untuk diuji.
Jenis instrumen yang digunakan ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian.
Ujian pencapaian mengukur pengetahuan atau kemahiran individu dalam sesuatu
bidang atau subjek. Untuk kajian ini peserta kajian diukur tentang pengetahuan
kemahiran menamakan 26 huruf abjad, membunyikan lima huruf vokal dan menulis 26
abjad.

 

 

3.3.1       
Ujian
Pra

 

Terdapat
dua instrumen untuk ujian pra iaitu Instrumen Ujian Pra Lisan seperti di
Lampiran A dan Instrumen Ujian Pra Menulis seperti di Lampiran C. Instrumen ini
dilaksanakan sebelum rawatan untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ujian
ini dilaksanakan oleh Guru Pemulihan. Jadual 3.2 menunjukkan senarai ujian pra yang
dilaksanakan dalam kajian ini.

 

 

 

Jadual
3.2

Senarai Ujian Pra

Ujian Pra

Instrumen

Manual Pentadbiran

BPPI

Lisan

Uijan Pra Lisan
Lampiran A

Manual Pentadbiran Ujian Pra Lisan
Lampiran B

Manual

Menulis

Ujian
Pra Menulis
Lampiran
C

Manual
Pentadbiran Ujian Pra Menulis
Lampiran
D

 

 

3.3.1.1 Ujian
Pra Lisan

 

Ujian
Pra Lisan mengandungi lima huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Ujian Pra Lisan ini
perlu dilaksanakan secara individu. Murid digalakkan duduk sebelah pentaksir
ketika pentaksiran dilaksanakan. Setelah kesemua huruf ditaksir, guru tidak
boleh mentaksir semula dan pentaksir tidak dibenarkan menyebut huruf. Setiap bahagian
yang dikuasai hendaklah diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)
dengan menggunakan dakwat berwarna hitam dan biru sahaja. Sila rujuk Lampiran B
untuk Manual Pentadbiran Ujian Pra Lisan dan Borang Pelaporan Penguasaan
Individu (BPPI).

 

 

3.3.1.2 Ujian
Pra Menulis

 

Ujian
Pra Menulis mengandungi lima huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Ujian Pra
Menulis ditadbir secara individu. Murid duduk sebelah pentaksir ketika
pentaksiran dilaksanakan. Ujian ditadbir mengikut huruf vokal dan urutan huruf
konsonan. Guru tidak boleh mentaksir semula dan pentaksir perlu menyebut huruf
dengan jelas serta jawapan diterima sekiranya murid menulis huruf besar.
Pentaksir mesti menanda ujian dan setiap bahagian yang dikuasai hendaklah diisi
dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang sama dengan menggunakan
dakwat berwarna hitam dan biru sahaja. Sila rujuk Lampiran D untuk Manual
Pentadbiran Ujian Pra Menulis dan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI).

 

 

3.3.2    Ujian
Pasca

 

Ujian
Pasca Lisan dan Ujian Pasca Menulis dilaksanakan selepas rawatan untuk kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan selepas mengikuti proses pengajaran yang biasa dalam
kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam ujian pasca adalah sama dengan ujian
pra dan menggunakan manual pentadbiran yang sama seperti dalam lampiran E, F, G
dan H tetapi menggunakan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang
berbeza untuk merekodkan penguasaan murid seperti dalam Jadual 3.3.

 

Jadual
3.3

Senarai Ujian Pasca

Ujian Pasca

Instrumen

Manual Pentadbiran

BPPI

Lisan

Uijan Pasca Lisan
Lampiran A

Manual Pentadbiran Ujian Pasca Lisan
Lampiran B

Manual

Menulis

Ujian
Pasca Menulis
Lampiran
C

Manual
Pentadbiran Ujian Pasca Menulis
Lampiran
D

 

3.4       Rawatan
Animasi Gerak Pegun, AGT-K1

 

Animasi
gerak pegun adalah salah satu teknik animasi yang paling menyeronokkan. Kamera
digital dan komputer merupakan media asas yang diperlukan untuk membangunakan
interaksi multimedia ini. Dalam konteks kajian ini huruf vokal dan huruf
konsonan dianimasikan dengan menggunakan tanah liat dalam aplikasi animasi
gerak pegun. Animasi gerak pegun dapat membuat huruf vokal dan huruf konsonan
tidak bernyawa kelihatan seolah-olah masih hidup.

 

Dengan
menggunakan kamera digital, pembentukkan huruf dengan tanah liat diambil
sehingga membina satu huruf yang lengkap. Jumlah gambar yang diambil bergantung
kepada saiz abjad seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Akhir sekali, imej
dimasukkan ke dalam perisian Windows
Movie Maker untuk penyuntingan video. Imej yang diambil dimasukkan dalam
perisian Windows Movie Maker mengikut
cara menulis huruf yang betul dari peringkat awal hingga ke akhir. Setiap abjad
akan diiringi dengan audio menamakan huruf vokal dan huruf konsonan,
membunyikan huruf vokal dan perkataan bagi mengukuhkan lagi pemikiran murid
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3 dan Rajah 3.4.

 

Hasil
akhir video boleh dimainkan dengan menggunakan Windows Media Player ketika interaksi dijalankan. Secara
keseluruhan proses kerja bagi membina video animasi gerak pegun untuk huruf
vokal dan huruf konsonan ditunjukkan dalam Rajah 3.5. Sila rujuk Lampiran I
untuk Manual Panduan dan isi kandungan yang terdapat dalam multimedia
interaktif AGT-K1.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah
3.2.
Gambar dari Kamera, Gambar Objek dan Audio

(Gambar
Objek dipetik dari Sumber Internet, Google
Images)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 3.3.
Penyuntingan dalam Windows Movie Maker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 3.4. Video Animasi
Gerak Pegun dengan Gambar dan Audio

(Gambar Objek dipetik dari Sumber
Internet, Google Images)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 3.5.
Proses Kerja Penyediaan Video Animasi Gerak Pegun untuk Huruf Vokal dan Huruf
Konsonan (AGT-K1)

 

 

 

3.5       Kaedah Pengumpulan Data

 

Kumpulan
rawatan akan mengikuti rawatan selama seminggu pada waktu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengintegrasi AGT-K1 manakala kumpulan kawalan akan
mengikuti pembelajaran seperti biasa. Rawatan ini akan diteruskan selama
seminggu dan kemudian ujian pasca akan ditadbirkan. Data akan dikumpulkan serta
dianalisis dengan menggunakan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) dan
Sistem Program Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS).

 

            Guru akan menandakan tahap
penguasaan murid mengikut huruf yang ditaksir. Jadi guru perlu menandakan 26 bahagian
ujian pra lisan, menulis dan lima bahagian bagi membunyikan huruf vokal dengan
menggunakan tanda (1) jika dapat membuatnya dengan betul manakala tanda (0)
jika tidak dapat membuat bahagian tersebut.

 

            Selepas instrumen ditadbir secara
telus dan ikhlas data yang diperolehi diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan
Individu (BPPI) seperti dalam Jadual 3.4. Borang berasingan digunakan ketika
melaksanakan ujian pra dan pasca. Proses yang sama digunakan ketika
melaksanakan ujian pasca tetapi harus menggunakan Borang Pelaporan Penguasaan
Individu (BPPI) ujian pasca seperti dalam Jadual 3.5. Pengukuran data
dilabelkan sebagai /U1/ untuk data ujian pra bagi kumpulan rawatan dan /U2/ untuk
data ujian pra bagi kumpulan kawalan manakala /U3/ untuk data ujian pasca bagi
kumpulan rawatan dan /U4/ untuk data ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

 

Jadual
3.4

Borang Pelaporan
Penguasaan Individu (BPPI) Ujian Pra

 

BORANG
PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (BPPI)

 

NAMA MURID:
______________________                      KELAS:
_______________________                      TAHUN: _______________

Huruf

Ujian Pra

Penguasaan

Menamakan

Membunyikan

Menulis

Menguasai

Tidak
Menguasai

a

 

 

 

 

 

e

 

 

 

 

 

i

 

 

 

 

 

o

 

 

 

 

 

u

 

 

 

 

 

b

 

 

 

 

 

c

 

 

 

 

 

d

 

 

 

 

 

f

 

 

 

 

 

g

 

 

 

 

 

h

 

 

 

 

 

j

 

 

 

 

 

k

 

 

 

 

 

l

 

 

 

 

 

m

 

 

 

 

 

n

 

 

 

 

 

p

 

 

 

 

 

q

 

 

 

 

 

r

 

 

 

 

 

s

 

 

 

 

 

t

 

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 

w

 

 

 

 

 

x

 

 

 

 

 

y

 

 

 

 

 

z

 

 

 

 

 

Pengusaan Keseluruhan

 

 

Nama Guru    
:

Tandatangan  
:

Jadual
3.5

Borang Pelaporan
Penguasaan Individu (BPPI) Ujian Pasca

 

BORANG
PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (BPPI)

 

NAMA MURID:
______________________                      KELAS:
_______________________                      TAHUN: _______________

Huruf

Ujian Pasca

Penguasaan

Menamakan

Membunyikan

Menulis

Menguasai

Tidak
Menguasai

a

 

 

 

 

 

e

 

 

 

 

 

i

 

 

 

 

 

o

 

 

 

 

 

u

 

 

 

 

 

b

 

 

 

 

 

c

 

 

 

 

 

d

 

 

 

 

 

f

 

 

 

 

 

g

 

 

 

 

 

h

 

 

 

 

 

j

 

 

 

 

 

k

 

 

 

 

 

l

 

 

 

 

 

m

 

 

 

 

 

n

 

 

 

 

 

p

 

 

 

 

 

q

 

 

 

 

 

r

 

 

 

 

 

s

 

 

 

 

 

t

 

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 

w

 

 

 

 

 

x

 

 

 

 

 

y

 

 

 

 

 

z

 

 

 

 

 

Pengusaan Keseluruhan

 

 

Nama Guru    
:

Tandatangan  
:

3.6       Penganalisisan Data

 

Data
yang dikumpul dalam Borang Penguasaan Pelaporan Individu (BPPI) dipindahkan ke
Sistem Program Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) bagi menganalisisnya.

 

3.6.1    Data Kumpulan Rawatan

 

Cara
untuk memindahkan data kumpulan rawatan dalam Sistem Program Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6. Data direkodkan
untuk 21 peserta kajian bagi kemahiran menamakan abjad, membunyikan huruf vokal
dan menulis abjad.

 

Jadual
3.6

Rekod Data Kumpulan Rawatan dalam Sistem
Program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

 

Peserta

 

Kumpulan Rawatan

 

?-U1
N

?-U1
B

?-U1
T

Pra
Rawatan – /?/

?-U3
N

?-U3
B

?-U3
T

Pasca
Rawatan – /?/

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

21

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota, U1
= data ujian pra kumpulan rawatan; U3 = data ujian pasca kumpulan rawatan; ? =
abjad; N = menamakan huruf; B = membunyikan huruf; T = kemahiran menulis

3.6.2    Data Kumpulan Kawalan

 

Cara
untuk memindahkan data kumpulan kawalan dalam Sistem Program Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.7. Data direkodkan
untuk 21 peserta kajian bagi kemahiran menamakan abjad, membunyikan huruf vokal
dan menulis abjad.

 

Jadual
3.7

Rekod Data Kumpulan Kawalan dalam Sistem
Program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

 

Peserta

 

Kumpulan Kawalan

 

?-U2
N

?-U2
B

?-U2
T

Pra
Kawalan – /?/

?-U4
N

?-U4
B

?-U4
T

Pasca
Kawalan – /?/

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

21

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota, U2
= data ujian pra kumpulan kawalan; U4 = data ujian pasca kumpulan kawalan; ? =
abjad; N = menamakan huruf; B = membunyikan huruf; T = kemahiran menulis

 

            Salinan pemindahan data dari Borang
Penguasaan Pelaporan Individu (BPPI) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
ke Sistem Program Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) boleh dirujuk dalam Lampiran J.

 

 

3.6.3    Analisis Data

 

Ujian
t sampel bersandar (paired samples t-test)
digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data sama ada terdapat perbezaan
yang signifikan pada skor min untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Ujian t sampel bersandar dilaksanakan mengikut prosedur klik Analisis, pilih Compare Means, pilih Ujian t sampel
bersandar dan masukkan kedua-dua pemboleh ubah yang ingin diuji ke dalam kotak Paired Variables untuk menginterprestasi
data. Dua jadual akan dipaparkan iaitu Paired
Samples Statistics dan Ujian t sampel bersandar. Sila rujuk Jadual 3.8
untuk memindahkan data dari sistem. Nilai signifikan Sig.(2-tailed) dilihat
dari jadual Ujian t sampel bersandar dan jika nilai ini kurang daripada 0.05
maka terdapat perbezaaan yang signifikan antara dua skor yang diuji dan adalah
sebaliknya jika nilainya melebihi 0.05. Sekiranya terdapat perbezaan, nilai min
akan dilihat sama ada skor menurun atau meningkat untuk mengenal pasti
hipotesis diterima atau ditolak.

 

Jadual
3.8

Jadual untuk Memindahkan Data dari Paired
Samples Statistics dan Ujian t sampel bersandar.

 

Ujian

Kumpulan

Bilangan,
n

Skor
Min

Sisihan
Piawai

Nilai
t

Sig.
(2-tailed)

Pra

Rawatan /?/
Kawalan /?/

 

 

 

 

 

Pasca

Rawatan /?/
Kawalan /?/

 

 

 

 

 

 

Nota, ? =
abjad

3.7       Penutup

 

Sebagai rumusan untuk bahagian ini, pengkaji telah
menggunakan maklumat dan pemilihan metodologi kajian berdasarkan pembacaan dan
pemilihan metodologi daripada hasil kajian pengkaji lain. Bahagian ini dibincangkan
secara menumpu kepada cara untuk mengumpul data dan memberi gambaran awal serta
garis panduan kepada pengkaji tentang cara pelaksanaan kajian ini agar pengkaji
dapat menjalankan kajian dengan lebih berkesan. 

x

Hi!
I'm Joan!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out