Robot disebut sebagai / r??b?t /
berasal daripada perkataan robota yang membawa maksud ‘kerja buruh’, pertama
kali digunakan oleh Karel ?apek dari Czech dalam dramanya yang berjudul  ‘Rossum’s Universal Robots’ (R.U.R) pada tahun
1920 (Rajah 1). Ia ditakrifkan oleh Kamus Bahasa Inggeris Oxford sebagai mesin
yang diprogramkan oleh komputer yang mampu menjalankan siri tindakan kompleks secara
automatik.1 Tetapi dalam konteks yang lebih mudah, terutama dalam
sains fiksyen, mesin robot merupakan mesin yang menyerupai manusia, mampu
meniru pergerakan dan  fungsi tertentu
manusia secara automatik. Terdapat peranti kawalan luaran yang dibina bagi membimbing robot tersebut. Terdapat
juga kawalan yang dipasang di dalam robot, digunakan bagi menyerupai bentuk
manusia.

 

                Robotik
merupakan subjek yang comprehensif, merangkumi kolaborasi kecerdasan teknologi
yang berhubung kait dengan reka bentuk, pembinaan, operasi, aplikasi robot, 2
serta sistem komputer yang mengawal ketepatan, pergerakan, maklum balas deria
melalui haptic dan tactile(sentuhan), serta pemprosesan maklumat dalam
pengimejan (ultra dimensional tinggi , persepsi kedalaman). Agak sukar untuk
mengukur kebijaksanaan sesuatu robot. Dalam sesetegah aspek seperti pengenalan
suara dan visual, hari ini robot sudah dilengkapi dengan aspek pengenalan suara
dan visual malah robot mempunyai kemampuan pengenalan suara dan visual yang
lebih baik dan jelas berbanding manusia sendiri. Walaubagaimanapun, dari segi
pemahaman conteks dan respon terhadap situasi yang kompleks, robot masih jauh
untuk ke arah itu.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

                Untuk
pengetahuan umum, Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zaman Abullezz Ibn
Alrazz Al-Jazari merupakan antara umat Islam yang terawal mencipta  perkakasan mekanikal dan tokoh penting dalam
ilmu robotik Islam sekitar tahun 1136–1206. Beliau telah mencipta beberapa
sistem peralatan automatik yang juga dikenali sebagai “automata” atau dengan
kata lain ‘berjalan dengan sendiri mengikut tabii’ dalam islam.

 

                Penciptaannya
seperti pembentukan penggunaan air dalam sistem dwifungsi atau lebih dikenali
sebagai kincir air, menggunakan bantuan graviti bagi menyalurkan air untuk
keperluan harian dan tanaman. Dua mesin pertama ciptaannya adalah hasil
pengubahsuaian shaduf (well sweep) dan yang ketiga saqiya (roda telaga) di mana
tenaga air digunakan menggantikan tenaga binatang. Selan itu ciptaan engkol,
alat yang menghasilkan gerakan berterusan, mencipta sejarah menjadi peralatan
mekanik paling penting bagi orang Eropah pada awal abad ke-15. Malah, jam
buatan Al-Jazari telah mampu menghasilkan bunyian serta suara. Dalam manuskrip
al-Jazari, jam ini merupakan jam terawal tercipta di dunia, menggunakan flow
regulator iaitu sebuah sistem penutupan lubang dan sebuah mesin automatik
samayang bertindak seperti jam burung yang kita kenali sekarang. Banyak
sumbangan tokoh ilmuan islam ini dalam bidang fizik, mesin dan robotik Islam.

 

                Umum
sedia maklum, banyak ideologi robotik diselitkan dalam cerita-cerita sains
fiksyen terutamanya dalam cerita kartun kanak-kanak. Tanpa kita sedari,
robot-robot canggih yang saat ini sudah dihasilkan mahupun masih dalam tahap
kajian dan perkembangan menjadikan cerita-cerita ini sebagai sumber inspirasi
untuk mencipta alat berteknologi tinggi. Serial Astro boy sebagai contoh telah
mengilhami ilmuan Honda untuk mengembangkan robot ASIMO, serial Gundam
mencetuskan penghasilan robot KURATAS, Iron Man yang menginspirasikan ciptaan
eksoskeleton robot, R2D2 atau C3PO dalam film Star Wars, Wall-E dan eve dalam
film Wall-E, Transfomers dan banyak lagi.

 

                Sebuah
nama yang tidak asing dalam dunian sains fiksyen dan robotik adalah Isaac
Asimov. Asimov berasal dari Rusia memiliki Ph.D. dari Universiti Colombia, telah
banyak mengarang cerita-cerita fiksyen terkait dengan robot, salah satu yang
terkenal adalah I,Robot yang diterbitkan pada tahun 1950. Dalam salah satu
terbitannya iaitu “Runaround”(1942), disitulah kali pertama perkataan “Robotik”
digunakan.

 

                Kini
robot telah banyak digunakan dalam pelbagai bidang. Dengan tujuan utamanya,
untuk memudahkan perkerjaan manusia. Robot-robot ini telah dikategorikan kepada
beberapa jenis mengikut kemampuan dan keupayaannya. Antaranya adalah robot
mobile, robot perkidmatan, robot industri dan manipulator, robot pendidikan,
robot modular, robot pertahanan dan robot kolaboratif. Industri yang banyak
menggunakan khidmat robot ini termasuk kilang-kilang, urusan domestik, pertahanan,
perlombongan, penyelidikan, dan kesihatan yang lebih tertumpu kepada pembedahan
robotik atau robotik surgeri.

 

x

Hi!
I'm Joan!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out