Tidak dinafikan peta mempunyai
kepentingannya tersendiri bukan sahaja untuk negara malah ia melangkaui seluruh
masyarakat di dunia.  Kepentingan peta
bukan sahaja untuk meningkat taraf sosio-ekonomi sesebuah negara bahkan juga
merangkumi pelbagai aspek seperti kebudayaan, geopolitik antarabangsa,
pengangkutan, pelancongan, sistem penerbangan, laluan perdagangan, terusan,
laluan maritim dan sebagainya.  Banyak
pandangan yang menyentuh mengenai maksud peta seperti peta merupakan pengajian
grafik bentuk ruang dan hubungan keruangan antara berbagai perwujudan yang
diwakili (Kals,1983).

Pada asasnya peta dihasilkan oleh ahli
kartografi.  Keupayaan ahli kartografi
mengolah penghasilan satu teknik berbentuk proses mengecilkan ruang memberi
manfaat kepada semua ini kerana kita mengetahui bahawa peta adalah alat
komunikasi yang memungkinkan manusia untuk mengetahui serba sedikit maklumat
melalui lokasi, jarak dan luas permukaan. 
Pengumpulan data-data dan kajian mengenai permukaan bumi terus
diperhebatkan oleh ahli-ahli kartografi. 
Melalui beberapa kaedah seperti sistem maklumat geografi (GIS) dan
geospatial.  Peta adalah medium pengantar
dan pengumpulan data-data dalam memastikan setiap kawasan itu diliputi secara
menyeluruh.  Peta yang baik dan teliti
membolehkan kita membayangkan apa yang ada di tempat tersebut dengan penuh
terperinci seperti saiz, bentuk, jarak, ketinggian dan lain-lain.  Simbol-simbol dan singkatan dalam peta
digunakan untuk melihat sesuatu benda yang terletak diatas permukaan bumi  di dalam peta samada secara jelas atau
nyata.  Contohnya seperti laluan kereta
api, jalan, rumah ibadat, jambatan, sempadan dan sebagainya (Cheng Leong Goh, 2010).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Peta mempunyai sifat-sifatnya
tersendiri seperti mengikut skala, dilukis secara pilihan, arah yang benar,
mempunyai simbol piawaian, mempunyai ciri-ciri petunjuk, tajuk, huruf,  secara paramuka berskala atau berdigit,
maklumat tertentu selain daripada kaitan kordinat geografikal latitud dan
magnitud.  Ada beberapa jenis peta yang
selalu diguna pakai oleh manusia samada untuk kegunaan ketenteraan,
pengangkutan, tanah dan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri ataupun
daerah.  Secara umumnya, masyarakat
mengetahui peta rujukan dan peta tematik. 
Boleh dikatakan kebanyakan pengguna peta hanya merujuk kepada peta yang
mengandungi pelbagai maklumat sesuatu tempat sahaja.  Begitu juga dengan peta tematik yang
memaparkan satu tema sahaja.  Akan tetapi
peta tidak hanya tertumpu kepada itu sahaja, peta juga mengandungi peta
topografi, peta bandar, peta jalan, peta utiliti, peta pentadbiran tanah dan
peta orthophoto. 

x

Hi!
I'm Joan!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out